Sunday 30 October 2011

RENTAK JUARA

Malam tadi ribuan ke Stadium bagi menonton perlawanan akhir Piala Malaysia.  Sekurang-kurangnya mesti ribuan juga menonton di rumah.

Bagi yang berminat, semua sudah tahu bahawa Negri Sembilan telah berjaya menjadi Juara dalam perlawanan Piala Malaysia itu.  Memang dari mula pun mereka telah  menunjukkan rentak juara.

Jelas ada keserasian antara jurulatihnya, Mohd Azrai Koh, dengan pemain dan juga pengurusan.  Bila ada faktor ini pasukan selalunya lebih bersepadu dan akan menjadi lebih mantap.

Sunday 16 October 2011

GARA URA-URA ELTON JOHN AKAN KE MALAYSIA

Aduh!  Teruja pula rasanya nak menonton persembahan penyanyi legenda Elton John secara 'live' di Malaysia.  Lagu-lagunya sentiasa 'evergreen' dan tak lapuk dik zaman.

Walaupun secara peribadi, sifatnya yang terang-terangan 'gay' itu sukar diterima masyarakat, bakatnya tidak pernah dipertikaikan.  Malah seluruh dunia terus memujanya.

Gara-gara mendengar berita bahawa Elton John akan membuat persembahan di Genting Highlands di bulan November nanti, isteri juga turut mendesak supaya kami segera menempah tiket untuk dapat ikut menyaksikannya.  Kalau lambat takut kehabisan pula katanya.

Masaalahnya tiket-tiket itu teramat mahal harganya.  Kalau seorang pun, baru duduk berkira-kira budget.  Inikan pula jika untuk berdua!