Sunday 18 December 2011

ANAK-ANAK KELIRU!

Sejak terlalu banyak sangat rancangan dan cerita Indonesia di TV kita, banyak kesannya terhadap umat Islam di sini.  Bukan longhat bahasanya, tapi pemahaman tentang Islam mengelirukan!

Semua cerita yang kami tonton menunjukkan bahasa hukum Islam lari dari ajaran yang kita fahami.  Yang paling ketara, anak-anak yang dilahirkan diluar nikah pun dibin/bintikan kepada bapa bilogisnya atau sesiapa juga mengikut pengakuan dalam surat kelahiran anak-anak berkenaan.

Apa yang lebih tidak betul ialah bapa-bapa yang dinamakan ini boleh menjadi wali kepada anak-anak perempuan dalam akad nikah.  Kemudian boleh diterima akuan sah dari lelaki dan/ataupun perempuan yang turut hadir.

Anak-anak saya memang keliru.  Jadi mereka bertanyakan tentang permasaalahan ini.

Oleh kerana mereka ada asas pengajian yang kuat dan betul, mudahlah diatasi.  Apa halnya dengan kesan ke atas mereka yang tidak tahu atau pun tidak kuat asas Islamnya?

Sunday 13 November 2011

MY TAKE ON CHEF WAN & SON

Of course good samaritans do forgive and forget.  But the sinner must be fully responsible for their misdeeds and wrong doings.

What Chef Wan's son, known commercially as Chef Riz, has done is unacceptable by any standard.  He consciously and gravely lied in his application and deceived others to put himself at a strong advantage.

Puffing up your resume extremely by lying to put yourself at an advantage at the expense of others who are genuinely more qualified is totally unacceptable.  It is legally and morally wrong.  Although people can forgive, the wrongdoer must not continue to thrive on the wrongful doings.

So Chef Wan must not point fingers at those who continue to pursue the matter and call for justice to be done.  This is particularly important because his son's wrong doings affect the reputation of the nation.

There is only one way out for them.  The only way is 'Chef Riz' must withdraw and resign immediately from that prestigious post irrespective of whether he is a talented cook or not!

Sunday 30 October 2011

RENTAK JUARA

Malam tadi ribuan ke Stadium bagi menonton perlawanan akhir Piala Malaysia.  Sekurang-kurangnya mesti ribuan juga menonton di rumah.

Bagi yang berminat, semua sudah tahu bahawa Negri Sembilan telah berjaya menjadi Juara dalam perlawanan Piala Malaysia itu.  Memang dari mula pun mereka telah  menunjukkan rentak juara.

Jelas ada keserasian antara jurulatihnya, Mohd Azrai Koh, dengan pemain dan juga pengurusan.  Bila ada faktor ini pasukan selalunya lebih bersepadu dan akan menjadi lebih mantap.

Sunday 16 October 2011

GARA URA-URA ELTON JOHN AKAN KE MALAYSIA

Aduh!  Teruja pula rasanya nak menonton persembahan penyanyi legenda Elton John secara 'live' di Malaysia.  Lagu-lagunya sentiasa 'evergreen' dan tak lapuk dik zaman.

Walaupun secara peribadi, sifatnya yang terang-terangan 'gay' itu sukar diterima masyarakat, bakatnya tidak pernah dipertikaikan.  Malah seluruh dunia terus memujanya.

Gara-gara mendengar berita bahawa Elton John akan membuat persembahan di Genting Highlands di bulan November nanti, isteri juga turut mendesak supaya kami segera menempah tiket untuk dapat ikut menyaksikannya.  Kalau lambat takut kehabisan pula katanya.

Masaalahnya tiket-tiket itu teramat mahal harganya.  Kalau seorang pun, baru duduk berkira-kira budget.  Inikan pula jika untuk berdua!

Sunday 18 September 2011

MAKAN-MAKAN TERUS

Rasanya tahun ini sambutan Raya berpanjangan sehingga sebulan.  Dari mula Hari Raya sampai ke hari ini, memang penuh dengan agenda Raya.  Tak cukup dengan beraya di kampung, balik sambung dengan rumah terbuka sana sini pula.

Hari ini sudah ada majlis doa selamat dan kenduri kahwin pula.  Jemputan ini pun nampaknya sampai ke hujung bulan depan.

Kalau begini, naik lagi la berat badan.  Mana tidaknya, asyik makan-makan terus saja!

Friday 2 September 2011

SELAMAT HARI RAYA

Untuk semua sanak saudara, sahabat handai dan kawan rakan, saya ucapkan selamat ya.  Semoga ibadah kita diterima dan kita mendapat rahmatNYA.  Amin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin

Monday 22 August 2011

MINGGU TERAKHIR RAMADHAN

Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan.  Baru sedar begitu cepat masa berjalan.

Mengikut riwayat, Nabi Muhammad saw menghabiskan malam-malam terakhir Ramadhan ini di Masjid.  Jika dapat mengikut jejak Baginda, tentulah amat baik sekali.

Sekurang-kurangnya, kita mesti cuba mempertingkatkan segala amalan.  Barakah Ramadhan tahun ini semakin cepat akan berlalu pergi.

Kita hanya mampu berdoa supaya kita berpeluang akan bersama Ramadhan yang akan datang nanti.

Monday 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, sekali lagi kita berkesempatan bersama Ramadhan Al Mubarak.  Semoga kita diberkati dengan kemudahan untuk mendapat ganjaran pahala terbaik juga.  Amin.
 
Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Sunday 24 July 2011

PILIHANRAYA SELEPAS RAYA

Sekarang semakin kencang angin berita mengatakan bahawa pilihanraya akan diadakan selepas raya nanti.  Banyak bukti dan tanda-tandanya.

Antara yang paling ketara ialah banyak projek di negeri sedang giat dilaksanakan untuk acara peresmian, pembukaan dan pelancaran oleh pemimpin tertentu.  Harga minyak turun.  Kenaikan tariff api pula ditunda kerana katanya belum diputuskan oleh kabinet.

Ada lagi beberapa langkah sedang dilakukan.  Cuma kurang jelas lagi saja.

Jadi tunggu dan lihat.  Jika ada pengumuman tentang bonus, sahlah pilihanraya akan segera diadakan.

Sunday 10 July 2011

GANTI LANGSIR

Seronok pula menengok blog rakan-rakan yang ceria dengan corak dan warna.  Sementelah anak-anak pula komen, blog Abahnya ni nampak tua!

Jadi saja la ninjau sana sini.  Rasa berkenan dengan corak warna ini.  Jadi tukarlah langsir rupa ini.

Sunday 26 June 2011

ADA MESEJ TERSIRAT

Semalam Datuk T (trio) yang menayangkan video lucah mengenai hubungan seks seseorang yang dikatakan mirip dengan DSAI telah didakwa.  Mereka bertiga mengaku bersalah diatas tuduhan yang dibuat ke atas mereka. 

Masing-masing telah dikenakan hukuman membayar denda.  Rupanya amat minima denda yang dikenakan.  Demikian peruntukan undang-undang yang ada.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah apa yang berlaku di dalam pendakwaan itu.  Macam ada mesej tersirat disebalik pendakwaan yang dilakukan.

Memang pelik saja apa yang berlaku.  Kenapa harus dihujjahkan bahawa isi video atau pelaku seks yang mirip DSAI itu telah disahkan tulen oleh pakar dari Amerika.

Bukan itu caj atau dakwaannya.  Dakwaan adalah tertuduh mempunyai dan menayangkan video lucah.

Tuesday 7 June 2011

PERJUANGAN ISTERI-ISTERI TAAT?

Aku pun pelik dengan apa yang cuba dilakukan oleh pertubuhan wanita Muslim yang baru dilancarkan.  Dengar namanya, aku rasa objektifnya terlalu sempit.

Sepertinya mereka berjuang berkisar atas soal seks.  Taat isteri mesti merangkupi kesanggupan melakukan apa saja bagi memuaskan nafsu suami.

Kelihatannya mereka terdiri dari mereka yang tenggelam punca.  Kalau benar mahu berjuang untuk kebajikan wanita Muslim, tentu lebih baik untuk menggalakan wanita menjadi Muslimah solehah?

Sunday 22 May 2011

TRAGEDI SEDIH

Satu lagi tragedi sedih berlaku dan memeranjatkan seluruh negara.  Apatah lagi ini berlaku kepada kanak-kanak.  Tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat sungguh amat menyedihkan.

Pagi ini kesemua mereka yang terlibat sudah ditemui.  Dengan pertemuan ini, kerja-kerja mencari sudah pun selesai.

Terakhir sekali empat mangsa terakhir ditemui mati.  Tiga daripadanya ditemui sebelum 4.30 pagi, sementara mangsa terakhir ditemui selepas pukul 5.00 pagi.

Dengan pertemuan akhir itu, 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera.  Tiga daripada mereka yang cedera berada di dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.  Mangsa yang cedera telah dimasukkan ke Hospital Ampang.  Ada juga yang dihantar ke Hospital Kajang.

Kesemua mereka yang cedera adalah akibat dihempap oleh tanah runtuh itu.  Lima daripada mereka disahkan di dalam keadaan stabil.  Mereka termasuk dua orang warden asrama berkenaan.

Mayat-mayat mereka yang tertimbus itu katanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.  Mereka dibawa ke sana untuk dibedah siasat.

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus. Operasi yang bermula pada pukul 2.45 petang semalam telah berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi.

Sunday 15 May 2011

GETTING INTO BLOGGING

I tried not to be wooed into this craze.  But alas, I bowed down to my childrens' pressure.  They insisted that it would help ease my health problem.

So today I am a registered blogger.  I look forward to have some good time.