Sunday 18 December 2011

ANAK-ANAK KELIRU!

Sejak terlalu banyak sangat rancangan dan cerita Indonesia di TV kita, banyak kesannya terhadap umat Islam di sini.  Bukan longhat bahasanya, tapi pemahaman tentang Islam mengelirukan!

Semua cerita yang kami tonton menunjukkan bahasa hukum Islam lari dari ajaran yang kita fahami.  Yang paling ketara, anak-anak yang dilahirkan diluar nikah pun dibin/bintikan kepada bapa bilogisnya atau sesiapa juga mengikut pengakuan dalam surat kelahiran anak-anak berkenaan.

Apa yang lebih tidak betul ialah bapa-bapa yang dinamakan ini boleh menjadi wali kepada anak-anak perempuan dalam akad nikah.  Kemudian boleh diterima akuan sah dari lelaki dan/ataupun perempuan yang turut hadir.

Anak-anak saya memang keliru.  Jadi mereka bertanyakan tentang permasaalahan ini.

Oleh kerana mereka ada asas pengajian yang kuat dan betul, mudahlah diatasi.  Apa halnya dengan kesan ke atas mereka yang tidak tahu atau pun tidak kuat asas Islamnya?